
PAS kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang dikuasai parti itu.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung hari ini.
“Mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
PAS yang kini komponen Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Isnin lalu.
PAS menguasai tiga negeri iaitu, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
[ Berita lanjut menyusul ]
