Apa salah wakil PAS dilantik Adun Sabah?

0
2

SALAHKAH wakil PAS dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah?, soal Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki kepada DAP.

Beliau berkata, DAP sering berselindung di sebalik kononnya parti berbilang kaum, namun hakikatnya berterusan bermain dengan sentimen kaum dan agama.

“Apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai Adun lantikan Sabah?

“PAS telah terbukti menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut mepersoal apakah mesej DAP ingin sampaikan, susulan mendakwa lantikan itu memudaratkan keharmonian Sabah.

“Yang pasti Islam mengajar kita berlaku adil kepada semua merentasi agama, kaum dan etnik.

“Apa-apapun Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menyokong penuh Perlantikan Adun PAS,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan antara ahli politik yang mengangkat sumpah sebagai Adun dilantik.

Susulan itu, Adun Kapayan Jannie Lasimbang dari DAP menggesa PBS dan STAR menarik diri daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). -Malaysiapost