‘Terima kasih beri saya peluang, amanah wakili Rembau tiga penggal’ – KJ

0
2

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menzahirkan terima kasih kepada pengundi di kawasan Rembau, Negeri Sembilan, yang memberi peluang kepadanya berkhidmat selama tiga penggal.

“Rembau forever. Terima kasih memberi saya peluang dan amanah untuk mewakili anda selama tiga penggal.

“Tiada ucapan selamat tinggal tetapi jumpa lagi di kemudian hari. InsyaAllah,” katanya yang juga Menteri Kesihatan dalam Instagramnya, hari ini.

Dalam video yang dimuat naik itu, Khairy turut dilihat mengambil plak tanda namanya di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi tersebut oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Khairy bagaimanapun secara terbuka mengatakan kesediaannya untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada PRU15.

“Saya orang politik, bila diminta pergi ke mana-mana, saya pergi. Tidak kisah di mana-mana pun. Negeri Sembilan atau Lembah Klang, saya terbuka,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here