Banyak rahsia terbongkar jika laporan siasatan buku Tommy Thomas didedahkan

0
1
Foto Kredit: Minda Rakyat

DATUK Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa banyak rahsia bakal terbongkar sekiranya hasil laporan siasatan pasukan petugas khas terhadap buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas, didedahkan kepada umum.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, berkata sebelum ini Pasukan Petugas Khas buku tulisan bekas Peguam Negara, itu telah mengesyorkan supaya Tommy disiasat serta didakwa.

“Ada empat isu utama. Bocor maklumat, isu lantik hakim, tindakan tidak sah dan salah guna kuasa serta buat kecuaian profesional.

“Empat kesalahan utama itu adalah ‘ibu kedurjanaan’ abad ini tajaan PH (Pakatan Harapan). PH yang melantik Tommy Thomas. Bukan sahaja rakyat dizalimi, negara juga dikhianati,” katanya menerusi Facebook.

Mohd Puad berkata, banyak perkara berlaku ketika Tommy menjadi Peguam negara termasuk isu Pulau Batu Putih dan tuntutan Kesultanan Sulu.

“Sistem negara porak peranda. Dia (Tommy) lepaskan penyokong Tamil Ealam, Rafizi (Ramli) dan Lim Guan Eng. (Sementara) Datuk Seri Najib Rzak dan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) mangsa dakwaan politik.

“Jika laporan pasukan Petugas Khas itu didedahkan, banyak rahsia terbongkar. Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) bersekongkol ketika itu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, kerajaan akan mendedahkan hasil laporan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan dalam buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” ditulis Tommy kepada umum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan pasukan petugas khas sudah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here