Aman Ra bernikah dengan kakak cef selebriti

0
2

PENYANYI rap, Aman Ra selamat melangsungkan pernikahan dengan Amirah Hani, kakak kepada cef selebriti Anis Nabilah, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram, Aman atau sebenarnya Aman Jamaluddin memuat naik gambar bersama isterinya, di atas pelamin dengan persalinan warna putih sedondon.

“Assalamualaikum, dengan rendah hati saya ingin berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami. Doakan yang terbaik dan terima kasih atas segala sokongan,” tulisnya.

Ruangan komen Instagram pelantun lagu BudakFlat itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis termasuk Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Zynakal dan Amir Masdi.

Pasangan itu juga menerima pujian kerana berjaya menyembunyikan hubungan cinta mereka hingga selamat disatukan

Sebelum ini, Aman Ra pernah mendirikan rumah tangga dengan Natiqah Rahmat tetapi bercerai pada 5 Ogos tahun lalu.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4, dan Tuah Khalifa, 3. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here