PRU15 peluang halang kebangkitan kleptokrat – Khalid Samad

0
1
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad

PEMBUBARAN Parlimen semalam semalam membuktikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebenarnya berkuasa di negara ini, bukannya Datuk Seri Ismail Sabri.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad, berkata sejak awal lagi kehendak Ismail Sabri selaku Perdana Menteri untuk menangguh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ke tahun depan tidak berhasil.

Ini kerana katanya, kuasa sebenar tetap berada di tangan Ahmad Zahid selaku Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Maka keputusan tarikh PRU15 diputuskan mengikut kepentingan parti dan peribadi Ahmad Zahid.

“Maka episod ini mendedahkan kedudukan sebenar Ismail Sabri, iaitu Perdana Menteri patung atau boneka yang bergerak dan bersuara atas perintah dan keputusan dibuat Umno pimpinan Ahmad Zahid.

“Oleh itu, apabila kempen pilihan raya berjalan nanti, walaupun muka Ismail Sabri mungkin ditayangkan (poster boy) sebagai calon Perdana Menteri, bukan dia yang akan berkuasa kelak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khalid menambah, Ahmad Zahid tetap berada di “Driver’s seat” dan beliau akan menentukan jalan dibuka seluasnya untuk bukan sahaja beliau, malah Datuk Seri Najib Razak akan kembali berkuasa dan negara akan sekali lagi dikuasai golongan Kleptokrat.

Oleh itu katanya, rakyat perlu sedar bahawa perjuangan menolak kleptokrat yang diusahakan dengan jayanya semasa PRU14 masih belum selesai.

“Mereka ingin kembali berkuasa dan rakyat wajib bangun kembali untuk menggagalkan usaha mereka ini melalui PRU15 yang bakal menjelang.

“Pada masa sama, pembubaran Parlimen semalam membuktikan PAS sejak awal lagi silap langkah dalam keputusan dan tindakan politiknya yang natijahnya mungkin akan mengukuhkan kembali kedudukan para perompak dan penyamun di negara ini,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here