PAS kecewa Parlimen bubar awal

0
4

PAS menyifatkan pembubaran Parlimen hari ini sebagai tindakan yang tergesa-gesa.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu kecewa kerana penggal ke-14 Parlimen tidak dapat ditamatkan mengikut tempoh yang sepatutnya.

“PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh 4 tahun 5 bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan, PAS tetap optimis menjayakan penyatuan ummah dan tidak sesekali mengubah pendiriannya terhadap agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

“Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU-15 yang sangat penting ini. Menjunjung kasih Tuanku,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here