Parlimen bubar, Umno ada dua mesyuarat khas hari ini

0
3

JADUAL padat melibatkan pucuk pimpinan Umno hari ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen sebentar tadi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan mesyuarat khas biro politik Umno akan diadakan pada jam 5 petang ini di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Pada sebelah malam pula, Ahmad mengesahkan Umno akan mengadakan Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Parlimen dibubarkan hari ini 10/10/22. Tarikh #PRU15 akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya @sprgovmy

“Jam 5 ptg hari ini Isnin, Mesyuarat Khas Biro Politik Umno akan diadakan. Jam 8 malam hari ini juga, Mesyuarat Khas MKT Umno akan diadakan. Di #WTCKL. Salam perjuangan,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Terdahulu, dalam perutusan khas hari ini, Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen penggal Ke-14 berkuatkuasa hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here