Kelantan layak ke Piala Malaysia

0
2

PASUKAN Kelantan FC mengesahkan tempat dalam saingan Piala Malaysia selepas menewaskan JDT II di Larkin dengan keputusan 1-0, malam tadi.

Jaringan tunggal  Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-28 itu membolehkan Kelantan mengutip 15 mata dari 11 perlawanan membolehkan mereka berada di kedudukan kelima.

Dengan pasukan feeder club tidak dibenarkan menyertai saingan Piala Malaysia, Kelantan dipastikan akan berada dalam lima pasukan dari saingan Liga Premier 2020 yang layak menyertai kejohanan Piala Malaysia 2020 yang akan berlangsung dua minggu dari sekarang.

Pemilik pasukan,  Norizam Tukiman menerusi Facebook, berterima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan kepada pasukannnya.

“Sesuatu yang bermula dengn niat baik,inshaAllah akan berakhir dengan niat baik. Kekalkan sehingga habis,” katanya.

Berdasarkan kedudukan semasa, lima pasukan dari saingan Liga Premier yang akan layak ke kejohanan Piala Malaysia 2020 adalah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Kuching FA dan Kelantan United FC. -Malaysiapost