DAP siap sedia hadapi pembubaran Parlimen – Anthony Loke

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=525797745577810&set=pb.100044427668163.-2207520000..

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke membayangkan spekulasi hangat pembubaran Parlimen pada siang nanti kemungkinan besar menjadi kenyataan. 

Beliau yang bergegas pulang ke ibu negara malam ini setelah selesai mengikuti program partinya di beberapa negeri sebelah utara, berkongsi perkara tersebut di Facebook miliknya. 

“Saya berharap jelajah kali ini dan amanat yang disampaikan dapat menyuntik semangat perjuangan kepada ahli-ahli DAP dan penyokong kita.

“Kini saya dalam perjalanan pulang ke KL untuk bersiap sedia dengan pembubaran Parlimen esok (hari ini),” katanya. 

Spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri akan mengumumkan pembubaran Parlimen pada sebelah siang nanti bertiup kencang apabila dilaporkan beliau telah pun menghadap Yang Di Pertuan Agong untuk memohon perkenan, petang semalam. 

Terdahulu, Anthony memaklumkan beliau menghabiskan masa hujung minggu dengan mengikuti program partinya di negeri-negeri utara tanah air. 

“Selesai jelajah saya ke empat negeri utara untuk menghadiri empat program parti dalam tempoh 40 jam!

“Berlepas dari KL pukul 8 pagi semalam dan terus menuju ke Alor Setar untuk merasmikan Konvensyen DAP Kedah dan melancarkan jentera parti. Selepas itu, turun balik ke Bukit Mertajam untuk menghadiri Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

“Pagi tadi, dari Bukit Mertajam menuju ke Padang Besar untuk merasmikan Konvensyen DAP Perlis dan melancarkan Bilik Gerakan DUN Titi Tinggi.

“Selesai di Padang Besar, turun balik selatan untuk menghadiri Majlis Makan Malam DAP DUN Pantai Remis di negeri Perak,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here