Lori terbakar, 4,000 ayam hangus 

0
3

SEBANYAK 4,000 ayam hidup hangus dalam kejadian lori terbakar di Batu Melintang, Lebuhraya Timur Barat dekat Jeli, Kelantan, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adnin Ibrahim, berkata kejadian jam 12.15 tengah malam tadi, melibatkan kebakaran sebuah lori yang membawa muatan ayam hidup.

“Semasa kejadian tersebut, lori itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Perak menghala ke Jeli.

“Kebakaran tersebut melibatkan ayam dan lori sahaja, manakala pemandu serta kelindan berjaya menyelamatkan diri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi menyelamat melibatkan seramai sembilan anggota termasuk pegawai.

Katanya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here