Tular video atas katil: Tya minta semua bersabar, lihat video penuh

0
1

SEJAK beberapa hari lepas, nama Tya Ariffin menjadi bualan hangat dan kecaman netizen gara-gara penularan video di sebalik tabir yang menunjukkan gaya seksi di atas katil ketika penggambaran produk.

Netizen yang menyelar aksi agak mencolok mata usahawan itu, menganggap ia menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita muslimah.

Menjelaskan isu itu, Tya atau Nurtia Wulandari, 28, berkata penyebaran video itu tidak sepatutnya berlaku sehingga mengundang kecaman terhadap dirinya.

“Video itu tidak sepatutnya dikongsi kepada umum kerana video sebenarnya akan dilancarkan pada 10 Oktober ini.

“Ada pihak mengambil rakaman semasa penggambaran dan ia telah mengundang prespektif berbeza,” katanya menerusi perkongsian di laman Tiktok miliknya semalam.

Sebelum ini tular sebuah video di sebalik tabir ketika Tya sedang menjalani penggambaran dipercayai bagi mempromosikan produk kecantikan keluaran syarikat miliknya.

Dalam pada itu, Tya berkata, meskipun sedih dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, dia meminta semua bersabar dan melihat sendiri video berkenaan apaila dilancarkan.

“Tya tidak boleh beritahu sekarang. Terima kasih kerana memahami dan memberi sokongan kepada saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here