Najib dah masuk penjara pun Tun masih tak puas hati – Razlan

0
3

SEORANG lagi pemimpin Umno membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Umno mahu Pilihan Raya Umum (PRU) segera, sedangkan pada masa mahu jadi Perdana Menteri kali ketiga.

Malah ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii mempersoalkan motif bekas Perdana Menteri itu yang masih mengungkit nama Datuk Seri Najib Razak.

“Najib dah masuk Penjara pun Tun Masih tak puas hati, ungkit nama Najib Buat apa? Menyesal ka ambil katak-katak tu, kenapa tak jadi PM lagi, pasal katak-katak tikam Tun ka?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Razlan turut menyindir Dr Mahathir susulan kenyataannya mendakwa Bersatu yang pernah dipimpinnya suatu ketika dulu tidak akan menang dalam PRU15.

“Khianat Kawan (PH) akhirnya nak kuburkan Umno! Sekarang ni, Parti Bersatu terkubur sama dengan Parti Pejuang.

“Sekali lagi nak jadi PM ka? Tak tau mana nak letak muka, tak ada apa boleh nak buat lagi, jangan dok menongkah langit,” katanya.

Beliau turut mempersoal kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa di bawah kerajaan ketika ini, jumlah penjawat meningkat sehingga 1.7 juta yang mana mereka akan menyokong BN pada PRU15.

“DAP buang ramai staf kerajaan Melayu, Tun apa heran, janji nak balas dendam, LGE (Lim Guan Eng) potong semua kontrak Bumiputer, Tun apa heran, janji boleh salahkan Umno,” katanya.

Terdahulu hari ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang mendakwa Umno yang telah ditolak rakyat dalam PRU-14 dapat kembali berkuasa kerana ketamakan pemimpin Bersatu dan PKR.

Menurutnya, Umno kini akan terus menjadi kerajaan dengan menggunakan kuasa dan duit apabila boleh menetapkan tarikh PRU-15 yang akan memberikan kelebihan kepada parti itu.

Dr Mahathir juga mendakwa dahulu jumlah pekerja kerajaan tidak sampai sejuta, namun dalam beberapa tahun meningkat kepada 1.7 juta dan gaji mereka naik berkali-kali.

“Seramai 1.7 juta pegawai kerajaan dan keluarga tentu sokong kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here