Covid-19: Bung Moktar nafi Ketua Menteri Sabah positif

0
2

TULAR di media sosial yang mendakwa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor positif Covid-19.

Selain Hajiji, isterinya, Datin Seri Julia Salag dan beberapa menteri dalam kerajaan Sabah juga didakwa turut positif pandemik itu dan dikatakan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

“Rujuk kenyataan awal SKN Sabah (Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong) iaitu CM (Ketua Menteri) dengan sukarela kuarantin kendiri,” katanya.

Perkara itu juga diakui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan Hajiji sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

“Tidak benar. Beliau sedang menjalani kuarantin kendiri susulan salah seorang kakitangannya positif Covid-19,” katanya. – Malaysiapost