PRESIDEN Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menghentikan sementara Liga 1 sehingga siasatan menyeluruh insiden rusuhan dijalankan.
Jokowi dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, berkata menteri sukan dan belia negara, ketua polis negara dan ketua persatuan bola sepak Indonesia diarah ‘menjalankan penilaian menyeluruh terhadap perlawanan bola sepak dan prosedur keselamatan’.
“Saya juga memerintahkan PSSI untuk menghentikan sementara Liga 1 sehingga siasatan dan perbaikan prosedur dilakukan,” katanya memetik laporan kompas.com
Menurut Jokowi, siasatan menyeluruh yang dimaksud adalah terkait dengan pelaksanaan pertandingan bola sepak dan prosedur penyelenggaraan dan keselamatan.
Sementara itu, Gabenor Jawa Timur mengumumkan bahawa keluarga mangsa akan menerima 15 juta rupiah (RM4,554) sebagai pampasan.
Khofifah Indar Parawansa berkata, kerajaan wilayah akan memberikan 10 juta rupiah (RM3,014) dan daerah akan memberikan lima juta rupiah (RM1,502).
“Ini adalah sebahagian daripada empati kami kepada keluarga mangsa,” katanya.
Terdahulu, seramai 129 peminat bola sepak terbunuh dalam rusuhan ganas yang berlaku selepas perlawanan melibatkan dua kelab di Malang, Jawa Timur, malam tadi.
Kejadian itu melibatkan penyokong kelab Arema dan Persebaya Surabaya selepas Arema dikalahkan 3-2 dalam perlawanan tersebut. – Malaysiapost

