PELAWAK dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkesempatan meluangkan masa melawat puasara Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Kelantan baru-baru ini.
Jep menerusi hantaran di Instagram memberitahu dia melawat pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu bersama rakannya, Rahim Sepahtu.
“Alhamdulillah hajat tercapai.. Al Fatihah buat yang disayangi ramai, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz,” tulisnya dalam hantaran itu.

Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Febuari 2015 akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.
Allahyarham menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan dari 1990 sehingga 2013. – Malaysiapost

