
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencadangkan semua parti dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata kekosongan kerusi itu seterusnya boleh diisi oleh parti penyandang (status quo) bagi mengelak situasi buruk yang menyaksikan kenaikan mendadak kes baharu Covid-19.
Katanya, keutamaan sekarang adalah nyawa rakyat yang terlalu bernilai untuk dipertaruhkan jika berlaku PRK yang pada hakikatnya boleh dielak, tanpa melanggar mana-mana prosedur dan ketetapan dalam Perlembangaan.
“DPPM penuh yakin bahawa, tanpa menawan kerusi Batu Sapi sekalipun, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyidin Yasin terus kekal utuh, dihormati dan disayangi majoriti rakyat.
“DPPM berharap, seluruh parti politik di Malaysia boleh bersama dalam perkara ini, demi kepentingan rakyat keseluruhan,” katanya.
PRK bagi Parlimen Batu Sapi perlu diadakan mengikut Perlembagaan Malaysia susulan kematian penyandangnya dari Parti Warisan Sabah, Datuk Liew Vui Kong, 2 Oktober lalu.
Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak akan bertanding pada PRK itu bagi mengelak penularan Covid-19.
Pemuda PAS pula cadang parti dalam MN, PN tak tanding di Batu SapiSebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengemukakan cadangan sama agar dapat membendung Covid-19 daripada terus menular. – Malaysiapost
