PRU15 wajar dilaksanakan tahun depan – Anwar

0
2

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksanakan tahun hadapan berikutan ramalan banjir akhir tahun ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan menetapkan tarikh PRU pada masa sesuai dan tidak membebankan rakyat.

“Disebabkan itu, kita agak prihatin dengan permasalahan banjir dan sebaik-baiknya (diadakan) tahun hadapan kerana saya kira keadaan lebih terkawal.

“Namun tentunya ia keputusan Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau ditemui media selepas Perjumpaan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis di Kangar semalam.

Sementara itu, Anwar berkata pihaknya belum menetapkan calon yang akan mengisi beberapa kerusi dikhianati penyandang seperti di Parlimen Gombak dan Ampang.

“Kita belum tetapkan siapa calon tetapi saya beri mesej jelas terhadap penyandang ‘kerusi khianat’ ini bahawa apa pun alasan dia bagi sama ada salah Anwar, salah siapa pun, dia khianat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here