Demi jawatan dan kuasa, prinsip Muhyiddin, Bersatu berubah – Shahrir

0
1

PRINSIP politik boleh bertukar sekelip mata demi mengejar pangkat dan kuasa. 

Itulah yang digambarkan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengenai prinsip politik Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Secara sinis, veteran Umno itu menyindir Muhyiddin yang dilantik menjadi Perdana Menteri susulan ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020 hasil sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk yang digelar kluster mahkamah oleh partinya. 

“Masa ‘Langkah Sheraton’ tak pula Muhyidin tolak ke tepi sokongan ahli-ahli Parlimen BN supaya jadi Perdana Menteri. 

“Mereka yang Bersatu panggil ‘kluster mahkamah’ – Pekan, Bagan Datuk, Putrajaya, Baling, Pontian – walaupun dicemuh, diterima pula sokongan mereka. Pasal jawatan dan kuasa kan,” sindir Shahrir dalam hantaran di Facebooknya, hari ini. 

Pada masa sama, Shahrir pelik tindakan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bertegas menyatakan Umno dan BN adalah musuh utama itu gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun pada masa sama katanya, Ahli Parlimen Pagoh itu masih memberi sokongan kepada kerajaan campuran dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Jatuhnya Muhyiddin dari jawatan Perdana Menteri bukan hanya kerana ahli-ahli Parlimen Umno dan dua menteri Umno tarik sokongan, tapi kerana DAP tak setuju beri sokongan sebagai balasan memenuhi tuntutan mereka.

“Ismail Sabri pula yang buat perjanjian dengan PH tentang perkara sama. Sekarang ini, isytihar BN sebagai musuh utama PN tapi pemimpin PN (Bersatu dan PAS) masih duduk dalam Jemaah Menteri,” katanya. 

Justeru, Shahrir berkata, Muhyiddin dan Ahli Parlimen PN sudah boleh menekan ‘butang’ bagi memberi laluan PRU15 diadakan demi kelangsungan politik mereka. 

“Kan ‘musuh utama’. Cuba ‘consistent’ sikit. Baru nampak sifat kepimpinan tu. Tekan butang ke. Pull the plug ke. Tapi demi jawatan dan kuasa,” sindirnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here