Adakah PAS cuba gertak Umno, Zahida soal Idris 

0
3

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menyelar kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad yang mendakwa keputusan Umno mahu bertanding solo akan mengulangi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Menurut Zahida, kenyataan berkenaan dilihat seakan-akan satu gertakkan sekiranya Umno enggan bersama PAS pada PRU15 nanti.

“Adakah ini satu gertakkan jika UMNO tak mahu bersama PAS dalam PRU15 ini?

“Macam mana kami nak bersama jika kalian masih bersama parti (Bersatu) yang memang dengan jelas mencuri ahli, dan mahu membunuh parti kami?,” katanya menerusi Facebook.

Kelmarin, Idris mendakwa Umno akan mengulangi keputusan PRU14 jika kekal mahu bergerak solo.

Menurut Idris, tindakan bergerak solo Umno itu dilihat hanya lebih mementingkan diri daripada memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat.

“Tak apa lah, Umno bercakap dengan konsep begitu, kita tetap cakap tentang konsep perpaduan. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapakah yang mahukan perpaduan.

“Kalau berasakan dia nak keputusan PRU14 berulang balik, sila buat begitu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here