Kempen hentikan fitnah di media sosial dilancar

0
3
https://malaysiapost.com.my/2022/04/26/aliff-syukri-tiba-di-skmm-bantu-siasatan-klip-video-aidilfitri/

KEMPEN kesedaran hentikan fitnah di media sosial telah dilancar oleh 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata, ianya bagi membendung berita tidak benar yang semakin berleluasa di media sosial.

Menurutnya, ketika ini ramai individu ingin menjadi wartawan dan kemudiannya menyebarkan berita di media sosial dengan tidak mematuhi etika kewartawanan demi mensasikan isu yang ingin dikongsikan.

Beliau berkata, JAKIM tidak terkecuali terpalit perkara ini seperti isu halal sehingga menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Idris menegaskan, perbuatan fitnah dalam bentuk penulisan dan hantaran dengan perkongsian maklumat tidak tepat boleh mewujudkan budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat dan dikhuatiri menjadi ikutan golongan muda.

“Budaya fitnah ini perlu dijauhi dan dibendung kerana ia juga boleh merosakkan diri individu difitnah sehingga menimbulkan kesan psikologi termasuk mengambil tindakan membunuh diri,” katanya kepada pada sidang media Kempen Hentikan Fitnah Di Media Sosial di Putrajaya, hari ini. 

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusof.

Idris menasihatkan orang ramai disaran menghentikan berita dan kandungan berunsur fitnah dan bersikap tabayyun atau menyelidik terlebih dahulu setiap berita diterima. 

“Fitnah mesti dihentikan di semua platform kerana ia satu dosa dan bertentangan kehendak agama Islam serta tidak membawa apa-apa keuntungan kepada diri dan negara,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here