PELAKON dan penyanyi, Janna Nick melahirkan rasa syukur selepas membeli kediaman kedua.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, berkongsikan perkara itu menerusi hantaran di Intagramnya hari ini.
Katanya, dia akan berkerja lebih keras lagi untuk komitmen baharu itu.
“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi #newhouse,” tulisnya.
Bagaimanapun, Janna tidak memaklumkan harga banglo yang baru dibelinya itu.
Sebelum itu, pada usia 21 tahun, pelantun lagu ‘Gatal’ itu sudah membeli rumah mewah pertamanya sendiri yang bernilai 1 juta ringgit di Armanee Terrace, Damansara Perdana.
Rumahnya itu yang terletak di Armanee Terrace merupakan kondo duplex yang terletak di kawasan elite. Nilai kondo tersebut adalah sekitar 1 juta hingga 1.2 juta ringgit.
Sementara itu, rakan-rakan artis termasuk peminat mengucapkan tahniah di atas pencapaian Janna itu dan mendoakan kejayaan pelakon itu di masa hadapan.
Artis yang turut berkongsikan kegembiraan itu adalah Amyra Rosli, Izzue Islam, Wany Hasrita, Nabila Razali dan ramai lagi. – Malaysiapost

