Trafik perlahan di beberapa lebuhraya utama

0
3
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

ALIRAN trafik dari Pantai Timur menuju ke Lembah Klang dilaporkan perlahan akibat pertambahan kenderaan berikutan cuti Hari Malaysia dan hujung minggu berakhir hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook, memaklumkan trafik bergerak perlahan dari Bentong Timur ke Bukit Tinggi.

Manakala, trafik juga perlahan di Kilometer (KM) 25.3 dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan melibatkan kedua-dua arah turut dilaporkan perlahan membabitkan beberapa laluan utama.

Trafik perlahan di lokasi menghala ke utara melibatkan Permatang Pauh ke Perai; Bertam ke Bandar Cassia; Changkat Jering ke Kuala Kangsar; Ipoh ke Simpang Pulai; Gopeng ke Tapah; Sungkai ke Slim River dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Sementara itu, bagi arah selatan pula, lokasi terlibat adalah Persimpangan Kulai (kedua arah); Yong Peng ke Pagoh; Tangkak ke Jasin; kawasan rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh ke Simpang Ampat; Pedas Linggi ke Port Dickson; Putra Mahkota ke Southville dan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here