Kes culik: Rosnazirah mungkin dilarikan ke sempadan Thailand-Myanmar

0
1
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1001726/azi-mungkin-sudah-dibawa-sejauh-bangkok-atau-sempadan-myanmar

EJEN jualan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim berkemungkinan sudah dibawa lari lebih jauh hingga ke Bangkok ataupun sempadan Thailand-Myanmar.

Sumber pihak berkuasa Thailand, berkata pasukan polis negara jiran itu tidak menolak Rosnazirah yang dilarikan sekumpulan lelaki ke Thailand itu berkemungkinan dibawa lari sejauh itu.

Setakat ini, polis Thailand giat meneruskan operasi 24 jam untuk mengesan wanita berusia 36 tahun itu, lapor Berita Harian.

Katanya, pencarian itu dilakukan di banyak premis, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat yang dikenal pasti berpotensi dijadikan tempat persembunyian oleh suspek.

“Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi, kami telah menjalankan operasi mengesan 24 jam tetapi setakat ini, pencarian belum berhasil.

“Serbuan sudah dilakukan di semua premis yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat, oleh sekumpulan lelaki.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios, dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand.

Kereta terbabit kemudian ditemui kira-kira jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita yang berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. -Malaysiapost

Kredit Foto: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here