Amanah tangguh pemilihan parti

0
2
Logo parti amanah

PARTI Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti itu yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini untuk tempoh selama 18 bulan.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agungnya Datuk Dr Mohd Hatta Ramli pada Konvensyen Nasional Amanah 2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Dr Mohd Hatta berkata penangguhan tersebut membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya April 2024 dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran bagi penangguhan itu.

“Ia bagi memberi laluan parti membuat persediaan menumpukan usaha bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU),” katanya memetik laporan Bernama.

Konvensyen Nasional Amanah 2022 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan bermula semalam hingga esok.

Pemilihan Amanah pertama kali telah diadakan pada Konvensyen Nasional Amanah Nasional 2019 pada 6 hingga 8 Disember 2019 di Shah Alam, Selangor bagi memilih Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here