Ahli perniagaan wanita bergelar Datuk memeluk Islam

0
2

SEORANG Ahli perniagaan wanita bergelar Datuk mengucap syahadah di Surau Khalid Ibn Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam dengan dibantu oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Menurut Firdaus Wong, wanita terbabit terbuka untuk memeluk Islam selepas mendalami al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan negara dilanda wabak Covid-19 sebelum ini.

“Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

“Semalam seorang ahli perniagaan Cina yang bergelar Dato telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Surau Khalid Ibn Walid, IPK Selangor. Saya telah dihubungi oleh pihak surau IPK untuk membantu.

“Antara saat-saat yang sebak sehingga beliau menitiskan airmata ketika mana beliau bercerita tentang bagaimana sebagai seorang wanita dirinya tidak dihargai dan dipandang rendah dalam budaya dan agamanya.

“PKP telah membuka ruang buatnya untuk membaca al-Quran dab beliau nekad untuk memeluk Islam setelah melihat bagaimana Islam dengan begitu jelas mengangkat darjat serta martabat wanita! Allahuakbar!” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Firdaus Wong turut mengingatkan mereka yang masih mencari makna dan tujuan kehidupan agar membaca al-Quran.

“Anda boleh dapatkan naskah terjemahan al-Quran secara percuma dengan menghubungi WhatsApp di talian 01110500414 sekarang.

“Selamat kembali ke Islam Dato,” ucapnya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here