PM tak wajar saman mana-mana pihak – Mohamed Hanipa

0
2

PERDANA Menteri tidak wajar menyaman mana-mana pihak kerana dikhuatiri hakim akan takut untuk membuat keputusan yang tidak memihak kepada pemimpin negara itu, kata Mohamed Hanipa Maidin.

Peguam yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) itu berkata, ini kerana semua hakim di negara ini dilantik oleh Yang di-Pipertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

“Jadi kita boleh bayangkan bagaimana seorang hakim yang mendengar kes yang melibatkan Perdana Menteri walaupun dia menyaman atas sifat atau kapasiti pribadi dia

“Ini kerana Perdana Menteri juga adalah seorang manusia, jika dia datang ke mahkamah, hakim akan takut untuk membuat keputusan yang tidak memihak kepada dia (perdana menteri) dan dengan sendirinya hakim akan serba salah apabila ini berlaku. Suasana ini tidak baik untuk ‘rule of law’,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di YouTube.

Beliau mengulas mengenai tindakan saman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap Datuk Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.

Mohamed Hanipa, bagaimanapun tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Lokman tetapi menurutnya sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sepatutnya tertakluk kepada penilaian awam.

“Rakyat perlu diberikan hak untuk mengkritik mereka walaupun sepedas mana sekalipun kecuali kalau jelas sangat ia adalah perbuatan jenayah.

“Seorang perdana menteri perlu bersifat sabar dan sedia dikritik,” katanya.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, sebagai Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai keistimewaan, mereka perlu menerima sebarang risiko selepas mendapat keistimewaan itu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno memfailkan saman pada 8 September lalu atas kapasiti peribadinya terhadap Lokman yang dikatakan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.

Dalam penyataan tuntutan, Ismail Sabri, mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk “Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here