Covid-19: 1,977 kes baru, 6 kematian

0
2
Suasana di River of Life Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KES baharu Covid-19 turun kepada 1,977 kes semalam berbanding 2,375 kes kelmarin.

Sebanyak enam kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding tiga kematian kelmarin.

Berdasarkan data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,975 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,815,679 kes dan 36,305 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,158 kes aktif Covid-19, termasuk 60 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.4 peratus atau 25,915 pesakit menjalani kuarantin di rumah, lima kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,178 orang atau 4.3 peratus menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,018 pesakit direkodkan sembuh, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here