Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari ATM ke-89

0
3

YANG di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 kepada seluruh warga angkatan tentera, para veteran angkatan tentera dan semua yang pernah berkhidmat bersama ATM.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi ATM amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara yang dicintai.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira ATM yang telah terkorban semasa bertugas dan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Seri Paduka Baginda mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here