Najib dipenjara, kelebihan buat BN – Khir Toyo

0
2

PEMENJARAAN bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dr Mohamad Khir Toyo berkata, sebaliknya ia memberi kelebihan dengan mewujudkan simpati rakyat terutamanya kepada golongan atas pagar.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, nasib yang menimpa Najib disifatkan ‘overkill’ isu kerana ia turut melibatkan beberapa ahli keluarganya yang juga didakwa di mahkamah.

“Saya rasa ia menjadi kelebihan kepada kita (BN). Ada kesannya saya lihat bukan sahaja ahli-ahli Umno dan BN, saya lihat rakyat hari ini agak simpati atas nasib yang menimpa Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.

“Saya rasa simpati ini akan memberi kelebihan kepada kita (BN) di pilihan raya akan datang,” katanya dalam program Sudut Pandang Malaysiapost, malam tadi.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah menyeleweng dana SRC International.

Manakala, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kerana didapati bersalah dalam kes rasuah projek tenaga solar di sekolah pedalaman Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here