Sammy Vellu meninggal dunia

0
3

BEKAS Presiden MIC, Tun S Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 8 pagi di Jalan Ipoh, hari ini.

Berita duka itu dikongsi, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi Facebooknya sebentar tadi.

“Takziah buat keluarga kepada Tun S Samy Vellu yang telah meninggal dunia hari ini.

“Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara,” tulisnya.

Ka Siong berkata, jasa dan pengorbanan mendiang selama menjadi Presiden MIC serta menteri kabinet akan terus dikenang dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Samy Vellu dilahirkan pada 8 Mac 1936 merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979 hingga 2010. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here