Wanita bukan untuk dipersenda – Zahida

0
1

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menegaskan usaha mempertahankan maruah wanita perlu ada kesepatakatan dan merentasi perbezaan parti atau ideologi.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap isu video tular di TikTok Datuk Seri Rina Harun, memaparkan pelakon dan pengarah Rosyam Nor dikatakan menggunakan bahasa yang kasar serta menjatuhkan martabat wanita.

Tegas Zahida, wanita tidak sewajarnya menjadi bahan persendaan mana-mana pihak selain menyelar tindakan dan fikiran cauvinis terhadap golongan itu.

“Dalam mempertahankan maruah wanita, kita perlu ada kesepakatan tanpa mengira perbezaan parti atau ideologi.

“Wanita bukan bahan persendaan sesiapa. Tidak ada ruang untuk fikiran cauvinis terhadap kami,” tulisnya ringkas di Facebook.

Baru-baru ini, tular video dimuat naik Rina di media sosial, memaparkan Rosyam yang menyebut wanita sebagai ‘suka bangun lambat’, sambil disaksikan beliau dan pegawainya.

Video promosi kempen Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM itu, menerima kecaman ramai kerana didakwa menggunakan bahasa kasar serta merendahkan martabat wanita.

Semalam, Rina menganggap video promosi yang tular di sosial media berkaitan program itu cuba disensasi dan dipolitikkan.

Beliau berkata, perkara utama yang perlu diambil pengajaran dari video tular itu adalah menyahut seruan untuk membuktikan bahawa wanita mampu bangkit dari segala masalah yang membelenggu mereka hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here