‘Jangan memandai layan Najib seperti banduan Guantanamo’ – Puad

0
2

AHLI Majlis Kerja tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menuntut Kemententerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penjelasan yang lebih telus berhubung status kesihatan Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Puad berkata, Najib wajar diberi hak perubatan sewajarnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri sudah mengarahkan supaya Ahli Parlimen Pekan itu menerima rawatan terbaik.

“Diharap KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan tampil memberikan penjelasan yang lebih telus. Macam macam yang didengar.

“Najib bukan minta keistimewaan. Tetapi hak perubataan tidak boleh dikrompomikan. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dibenarkan duduk lama di HUKM. Dia juga dibenarkan dapat rawatan pakar dari German,” katanya menerusi Facebook.

Mohd Puad turut menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memantau dan menyiasat layanan yang diberikan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Najib diberi ubat bukan original tetapi jenis generik padahal Najib sanggup tanggung kos beli ubat. Katanya wad tidak bertingkap. Najib sukar tentukan waktu solat kerana tiada jam dinding.

“(Peguam) Gopal Seri Ram beritahu Mahkamah, kesihatan Najib amat teruk. Perbicaraan disingkatkan separuh hari. Mereka yang hadir di Mahkamah sedih melihat fizikal Najib.

“PM keluar arahan agar Najib diberi rawatan terbaik. Semoga jangan ada yang memandai supaya Najib dilayan seperti banduan Guantanamo. Suhakam wajar siasat dan pantau,” katanya.

Semalam media melaporkan, Najib yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah tekanan darah, masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu Mahkamah Tinggi, tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap memuaskan, walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal.

Muhammad Shafee berkata, setakat hari semalam tiada sebarang petunjuk Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Beliau tidak kelihatan seperti biasa, tidak seceria seperti sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here