RM77.25 bilion potensi perdagangan dicapai di Ekspo Dubai

0
1

MALAYSIA meraih potensi nilai perdagangan dan pelaburan sebanyak tujuh kali ganda dengan keseluruhannya berjumlah RM77.25 bilion dalam tempoh enam bulan penyertaan di Expo 2020 Dubai, mengatasi sasaran yang ditetapkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kejayaan ini diraih melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian dan Surat Niat melibatkan syarikat serta pihak luar termasuk dari Amerika Syarikat, China, Emiriah Arab Bersatu, India, United Kingdom dan Qatar.

“Selain itu, sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan bagi memaksimumkan peluang perdagangan dan perniagaan.

” Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara pada Ekspo berkenaan juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, secara keseluruhannya, Pavilion Malaysia telah menerima sejumlah 1.2 juta pengunjung.

“Malah disenaraikan sebagai satu daripada lima pavilion paling hijau dan merupakan antara tujuh pavilion paling digemari oleh media antarabangsa.

“Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku kementerian peneraju dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) selaku agensi pelaksana,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here