MENJELANG dua hari lagi bagi menyambut Hari Malaysia, belum terlambat untuk rakyat mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-59 penubuhan Malaysia.
Gesaan itu dibuat Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengajak seluruh warga Malaysia mengibarkan bendera kebanggaan negara.
“Lagi dua hari kita bakal menyambut Hari Malaysia.
“Yang masih belum kibarkan bendera di premis kediaman, restoran mahupun di kenderaan sendiri, bolehlah segera laksanakan tanggungjawab tersebut sebagai bukti kita anak Malaysia.
“Yang mana dah kibarkan tu, bolehlah kongsikan gambar sebagai salah satu cara ajak rakan-rakan lain buat benda yang sama. keluarga Malaysia, Teguh Bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

