Video culik ejen jualan kosmetik tular, dipercayai kini berada di negeri jiran

0
1

TULAR rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik, dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat, petang semalam

Rakaman berdurasi dua minit 51 saat tersebut dimuat naik di laman Facebook dan mendapat perhatian warganet sejak tengah hari tadi.

Memetik laporan Kosmo Online, dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, Rosnazirah Mohd Naim, 36, disyaki dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Rakaman berdurasi dua minit 51 saat tersebut dimuat naik di laman Facebook dan mendapat perhatian warganet sejak tengah hari tadi.

Suspek yang terlibat dalam kes itu juga dipercayai menggunakan senjata semasa membawa lari mangsa terus ke arah Wakaf Bharu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah, berkata pihaknya menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tegasnya, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kerana ia boleh menganggu siasatan.

“Kes tersebut masih berada dalam siasatan polis,” katanya.

Sementara itu, laporan Berita Harian yang memetik waris mangsa memberitahu tiga lelaki yang terlibat dalam kes tersebut didakwa turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah, selain mengugut jika mereka membuat apa-apa tindakan.

“Bapanya yang melihat Rosnazirah diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa mengacu sebilah pisau ‘Rambo’ menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan,” kata waris tersebut.

Dia berkata, pihaknya menerima maklumat Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor, iaitu kawasan sempadan negara, menyebabkan suami mangsa bergegas ke sana, namun isterinya gagal ditemui.

“Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

“Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu, dia tiada musuh dan kami juga tidak terima panggilan meminta wang tebusan setakat ini.

“Tidak pasti jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik. Ibu dan bapa mangsa masih terkejut, bersedih dengan kejadian ini,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here