KPWKM patut buang ‘wanita’ – Azalina

0
2

DATUK Seri Azalina Othman Said membidas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun susulan video dimuat naik di media sosialnya yang didakwa memperlekeh golongan wanita.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, tindakan Rina yang hanya tersenyum apabila golongan wanita diperlecehkan amat dikesali.

Justeru, katanya, tanpa pembelaan atau mempertahankan wanita, adalah lebih baik Rina membuang perkataan ‘wanita’ dalam Kementeriannya kerana dianggap tidak berfungsi.

“Elok @KPWKM ditukar kepada ‘Kementerian Pembangunan Keluarga’, buang perkataan ‘wanita’. Senang kerja. Rugi semua usaha kementerian dalam isu menentang Keganasan terhadap wanita bagai mencurah air ke daun keladi. Kasihan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut menggesa Rina meletakkan jawatan kerana baginya agensi dan kumpulan sasar di bawah kementerian itu dipergunakan Ahli Parlimen Titiwangsa tersebut untuk tujuan promosi.

Terdahulu, tular video memaparkan Rina bersama pegawai KPWKM berada di belakang pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang didakwa mempersenda golongan wanita dengan menggunakan ayat kurang sopan seperti ‘suka bangun lambat’, ‘wanita semua lambat’, ‘aku nak belasah kepala korang’.

Klip pendek itu bersempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here