KJ kena pastikan Najib diberi ubat bersesuaian – Zaid 

0
3

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin diminta memastikan Datuk Seri Najib Razak yang kini mengalami masalah kesihatan, diberi ubat yang bersesuaian. 

Bekas peguam Najib, Datuk Zaid Ibrahim juga berharap pemberian ubat mengikut preskripsi kepada Najib tidak sepatutnya dianggap sebagai layanan luar biasa. 

“Takkanlah bekas Perdana Menteri tak boleh pakai ubat yang dia guna selalu. Tak usahlah beri ubat generik. Kalau kita beri sedikit keistimewaan kepada dia pun apa salahnya. 

“Kalau kita pemimpin, kita tak tahu nak guna budi bicara, maka kita tak boleh jadi pemimpinlah. Kita perlu jadi bijaksana tetapi adil kepada semua termasuk banduan terutama bekas Perdana Menteri.  

“Dia ada jasa juga kepada kita,” katanya menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini. 

Semalam Khairy mengesahkan kesihatan Najib adalah stabil. 

Beliau turut menafikan Najib akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti dilaporkan kerana prosedur banduan perlu dirujuk ke hospital kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here