Raja Muda Selangor beri penghormatan terakhir pada Ratu Elizabeth

0
3

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris ShahAlhaj berkenan berangkat ke Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Selangor Royal Office, dalam kenyataan di Facebook memberitahu, Tengku Amir Shah menzahirkan penghormatan Baginda dengan menandatangani buku takziah sambil disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, HE Charles Hay.

“Bagi pihak keluarga saya, Sultan Selangor dan rakyat Selangor, saya ingin merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II kepada keluarga baginda dan rakyat British,” titah Baginda dalam kenyataan itu.

Baginda diiringi Engku Panglima Setia Diraja Syed Haizam Jamalullail dan Datuk Lela Jasa Diraja Datuk Richard Curtis.

Ratu Elizabeth II, yang paling lama bertakhta di dunia, iaitu selama tujuh dekad, meninggal dunia pada usia 96 tahun, pada 9 September lalu.

Istiadat penghormatan terakhir mendiang Ratu Elizabeth akan berlangsung selama empat hari sebelum upacara pengebumian baginda di Westminster Abbey pada Isnin, 19 September depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here