Lagu PKR nyanyian Altimet ibarat ‘cakap dengan cermin’, sindir Zahida Zarik

0
2

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan, menyifatkan lagu ‘Aduh Malaysia’ dendangan Altimet yang berkisar tentang pemimpin Barisan Nasional (BN) menyamun duit rakyat, ibarat ‘bercakap dengan cermin’.

Beliau berkata, hakikatnya Pakatan Harapan (PH) dan parti kompenannya turut mempunyai skandal berkaitan wang dan integriti yang masih ‘didiamkan’.

“Lagu yang dihasilkan untuk PKR ni, cukuplah sekadar dengar, masuk telinga kanan, keluar terlinga kiri.

“Sebab apa? Sebab mereka ibarat bercakap depan cermin. Hakikatnya PH dan serpihan mereka jauh lebih rosak, lagi merosakkan.

“Hiburan tetap hiburan, sampai masa pangkah Barisan,” katanya di hantaran Facebook.

Sebelum ini, Altimet yang juga Ketua Cabang PKR Ampang, tampil dengan lagu barunya ‘Aduh Malaysia’ dalam acara Rapat Mega Keadilan di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, baru-baru ini.

Lagu mengenai penyamun itu diperdengar kepada semua yang hadir di acara tersebut termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Rafizi Ramli.

Menurut Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, tajuk lagu itu diambil daripada inspirasi pergerakan yang dilancarkan oleh Rafizi iaitu ‘Ayuh Malaysia’.

Antara lirik lagu berkenaan adalah “Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun? Hoi bangun yang lama mengelamun. Duit kau aku, semua dia sapu”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here