JANGAN makan tiram mentah atau tidak dimasak sempurna kerana boleh mengundang risiko keracunan makanan termasuk kematian.
Peringatan itu diberikan oleh pengendali Facebook Public Health Malaysia yang menyatakan individu makan tiram mentah berisiko mengalami keracunan makanan, berpunca daripada bakteria Vibrio Parahaemolyticus.
Simpton mereka yang terkena dengan bakteria ini adalah cirit-birit, sakit perut, loya, demam dan sakit kepala.
“Jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episode dimana Bean mengalami keracunan selepas makan Tiram.
“Ya, itu adalah risiko bagi sesiapa yang makan tiram mentah yang tidak dimasak. Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai dan tiram dan kerang memang ada bakteria ini.
“Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini kelihatan, bau dan rasa yang sama dengan tiram yang tidak ada bakteria,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Public Health Malaysia turut meminta orang ramai agar menitikberat mengenai perkara ini kerana bacteria ini juga boleh membawa maut.
“Jangan ambil mudah, di Amerika Syarikat, 80,000 orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian,” katanya. – Malaysiapost

