PRU15: PM jangka jumpa ‘top five’ Umno sebelum bajet

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berjumpa dengan ‘Top Five’ Umno dalam masa terdekat ini bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

‘Top five’ Umno merujuk kepada lima kepimpinan tertinggi parti terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan beliau sendiri.

Ismail Sabri berkata, pertemuan itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

“Macam saya cakap sebelum ini, sebarang keputusan akan dibuat oleh ‘Top Five Umno’ jadi kita tunggu perjumpaan membabitkan pimpinan itu.

“Perjumpaan itu mungkin akan lebih awal daripada tarikh pembentangan bajet. Bila mesyuarat? Mesyuarat itu secepat mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Razak, Ismail Sabri berkata, beliau sudah berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediakan keperluan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

“Saya akan periksa. Semalam saya sudah menghubungi KKM apa sahaja yang diperlukan kita cuba penuhi. Kalau perlu masuk ke mana-mana (hospital) KKM akan putuskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here