Didakwa pilih DDNK sebab harta, Ernie jawab ‘tipikal komen netizen’

0
2

PERKAHWINAN pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK), 47, dan pasangannya Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, masih menjadi perbualan netizen.

Ia selepas ucapan tahniah bekas isteri Mohd Nazri tular di media sosial dan pasangan itu dikatakan berpisah setelah melayari bahtera rumah tangga selama 20 tahun.

Bagaimanapun, menerusi temu bual sebuah portal hiburan, Tuan Nor Ernie Rossmeris menafikan memilih suami 22 tahun lebih tua dari usianya dek kerana harta.

Katanya, dia tidak mengenali Mohd Nazri dan suaminya juga tidak memperkenalkan dirinya yang sebenarnya sebelum Nor Ernie membuat carian di Google.

“Lucunya, masa mula-mula kenal saya memang tak tahu dia siapa. Dia tak mengaku pun dia DDNK, sampailah saya mula cari di Internet siapa dirinya sebenar,” katanya.

Kata Nor Ernie, walaupun ada yang menuduhnya sebagai mata duitan, tetapi dia memilih Mohd Nazri kerana jatuh hati dengan kesungguhan suaminya.

“Orang akan cakap saya dekat dengan dia sebab dia sudah stabil, tapi tak, bukan sebab dia popular, bukan sebab tagline dia. Tapi kerana dia tak berputus asa sampai sanggup berjumpa dengan orang tua saya dan pandai ambil hati saya.

“Saya tolak dia pun tak putus asa, jadi lama-kelamaan saya terima dia. Tipikal komen netizen, kata saya pilih sebab duit, saya dah sedia… Sebenarnya sejak mula berkawan lagi pun dah ada orang bercakap-cakap.

“Orang kata saya mata duitan, nak yang dah semua siap. Tapi lama kelamaan kawan-kawan saya mulai menerima hubungan kami tapi paling penting rakan-rakan baik saya yang sentiasa menyokong pilihan saya,” ujarnya.

Menurut Mohd Nazri, dia sama sekali tidak kekok untuk bergaul dengan isterinya walaupun jarak usia mereka terlalu jauh.
“Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.

Semalam, bekas isterinya yang dikenali sebagai Watie menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah atas perkahwinan kedua Mohd Nazri.

Kata Watie, ucapan tersebut terpaksa dibuat menerusi Facebook miliknya sendiri kerana sudah tidak dapat berhubung dengan bekas suaminya kerana disekat dari media sosial.

Dalam masa sama, wanita itu memberi bayangan perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila muncul episod kecurangan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here