Surat rahsia Ratu Elizabeth hanya boleh dibuka pada 2085

0
3

SEPUCUK surat rahsia tulisan tangan mendiang Ratu Elizabeth II untuk penduduk Australia kekal tersimpan di dalam peti besi.

Bagaimanapun, surat yang ditulis pada November, 36 tahun lalu hanya boleh dibuka dan dibaca untuk tempoh 63 tahun lagi iaitu pada 2085 lapor laman berita Wion News.

Tiada sesiapa termasuk kakitangan mendiang ratu mengetahui isi kandungan surat berkenaan.

Surat itu juga disimpan di satu ruang tersembunyi yang menjadi kawasan larangan untuk sesiapa saja di Bangunan Queen Victoria di Sydney, Australia.

Surat rahsia itu ditulis ratu bagi meraikan pemulihan bangunan bersejarah itu yang dibina pada 1898 bagi meraikan Jubli Permata moyang kepada Elizabeth, Ratu Victoria.

Ratu menunjukkan surat itu kepada Datuk Bandar Sydney dengan nota peringatan mengenai tarikh kandungan surat itu boleh didedahkan.

“Hari yang difikirkan sesuai pada 2085, kami boleh membuka sampul surat ini dan sampaikan mesej saya kepada warga Sydney,” tulis mendiang ratu.

Surat itu kemudiannya ditandatangani ratu dengan tanda, ‘Elizabeth R’.

Sebagai Ketua Negara, Ratu Elizabeth II sudah melawat Australia sebanyak 16 kali sepanjang pemerintahannya. – Malaysiapost

Kredit Foto: BBC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here