‘Kerjasama PAS-Umno, kenapa Bersatu pula cemas?’ – Asyraf Wajdi

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoal dakwaan pemimpin Bersatu yang yakin PAS tidak berani bekerjasama dengan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith tampak cemas apabila PAS menganggap Umno adalah rakan ‘Ta’awun’.

“Wah, kenapa Bersatu pula yang cemas apabila PAS keluarkan kenyataan kelmarin mahu bekerjasama dengan Umno ya?” soal Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Persoalan tersebut ada kaitan dengan kenyataan Eddin Syazlee yang berkata PAS sudah bersetuju sejak awal ingin melancarkan jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN).

Katanya, PAS tidak pernah memaklumkan mahu bekerjasama dengan Umno sepanjang berada dalam PN.

Berikutan itu, berdasarkan tafsirannya, beliau berkata dakwaan kerjasama PAS-Umno setakat hubungan serta persefahaman sesama parti politik.

Sebelum ini, media melaporkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika Muktamar Tahunan PAS di Kedah mengesahkan wujud rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin Umno tertentu bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU15.

Beliau berkata, perbincangan dua parti itu berlaku di peringkat tertentu namun tidak boleh didedahkan buat masa ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here