Micheal Ang minta netizen henti kecam ‘rider’ tidak hantar barang depan pintu

0
2

PENGARAH dan penerbit sensasi, Micheal Ang meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap ‘rider’ kerana tidak menghantar barang di hadapan pintu rumah pelanggan.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Micheal turut menasihatkan netizen supaya ‘tidak pukul rata’ kerana tidak semua ‘rider’ bersikap sedemikian.

Menurutnya lagi, berdasarkan pengalamannya beruurusan dengan penghantar makanan dan barangan ini, hanya segelintir sahaja yang bersikap demikian dan jumlahnya kecil.

“Kecoh eh pasal ‘rider delivery’ tak nak hantar sampai kat pintu. I rasa tak semua la, (tapi) ada aje ‘rider’ macam tu.

“Berdasarkan pengalaman saya, 20 kali guna ‘them’ ada la satu perangai macam tu. Secara jujurnya, saya sangat menghormati segelintir ‘rider’ dah berapa kali I ‘order food’ dan masa delivery (penghantaran) waktu hujan.

“Diaorang tunggu dalam hujan sampai i ambik, aku pulak tergopoh-gapah cari payung takut dia tunggu lama dalam hujan,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Justeru, Michael berkata, dia meminta orang ramai atau pengguna tidak membuat tanggapan sama terhadap semua ‘rider’ sekiranya menggunakan perkhidmatan berkenaan.

“Anyway (Apapun) dalam hidup ni jangan ‘generalize’ kan semua orang. Semua benda ada baik dan buruknya.

“Kalau tak bagi impact (kesan) besar sangat dalam hidup kita, telan saja la dan jangan guna lagi. Tak payah la hentam sangat kerana bukan semua macam tu,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial aduan netizen terhadap sikap ‘rider’ yang enggan menghantar sehingga pintu rumah pelanggan sehingga mencetuskan rasa tidak puast hati orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here