Helikopter hilang: Juruterbang ditemui selamat

0
2

JURUTERBANG helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam telah ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor, pada jam 8.20 pagi ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Syukur! Saya baru sahaja dimaklumkan oleh CAAM bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam telah ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor, pada jam 8.20 pagi hari ini.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata, ketika ini pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang tersebut ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here