Janna Nick mohon maaf kerana terpaksa ‘miming’ di pentas AIM23

0
1

PELAKON dan penyanyi, Janna Nick tampil memohon maaf kerana dianggap memalukan pentas berprestij Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) dengan menyanyi secara ‘miming’ ketika membuat persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, memaklumkan kondisi kesihatannya terganggu sejak dua minggu lalu selepas dijangkiti Influenza.

Artis kelahiran Sungai Petani, Kedah, itu berkata, peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang sudah lama dinantikannya.

“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu.

“Namun, saya tetap meneruskan penggambaran drama ‘Melastik Ke Hatimu 2’, kerja kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun sudah dinasihati doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih kepada pihak pengurusan Warner Music kerana sama-sama berusaha untuk mengembalikan suara saya,” katanya dalam hantaran itu.

Difahamkan, Janna juga pulang lebih awal sejurus selepas persembahannya di AIM23 kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.

Platun lagu Gatal itu turut menyesal kesulitan yang dianggap mengganggu perjalanan acara berprestij yang dihadiri penggiat muzik tempatan itu.

Terdahulu, Janna menerima kritikan hebat daripada netizen kerana ‘miming’ ketika menyampaikan lagu Gatal di pentas AIM 23, malam tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here