Isu buruh asing: Guan Eng gesa tukar Saravanan, ganti menteri baharu

0
3

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng menggesa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan ditukarkan susulan kegagalannya menyelesaikan isu bekalan buruh asing sehingga menyebabkan banyak industri di negara ini terjejas.

Guan Eng berkata, seorang menteri baharu perlu mengambil alih dan mempetulkan keadaan berkenaan susulan ‘kegagalan teruk’ Saravanan sehingga menyebabkan banyak sektor menanggung kerugian.

“๐‡๐š๐ง๐ฒ๐š ๐Ÿ๐Ÿ% k๐š๐๐š๐ซ k๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง pe๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š a๐ฌ๐ข๐ง๐  m๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š d๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ‘8๐Ÿ“,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ k๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง, l๐ž๐›๐ข๐ก b๐š๐ข๐ค ๐’๐š๐ซ๐š๐ฏ๐š๐ง๐š๐ง d๐ข๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ซ d๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š b๐ข๐š๐ซ๐ค๐š๐ง p๐ž๐ซ๐ง๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง d๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ d๐š๐ง r๐ฎ๐ ๐ข b๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ก b๐ข๐ฅ๐ข๐จ๐ง r๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข๐ญ.

“Seorang Menteri baharu diperlukan untuk membantu dan bukannya menyusahkan perniagaan dengan memotong kerenah birokrasi yang melibatkan banyak permohonan.

“โ€ฆmelaksanakan sistem pemprosesan yang cekap untuk menyelesaikan dengan segera tunggakan permohonan yang besar, dan menerima pakai desentralisasi ke negeri masing-masing melalui pendekatan Pusat Sehenti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Guan Eng berkata, perkara itu perlu diatasi kerana kelewatan yang tidak wajar dalam pengambilan buruh asing akan menyebabkan banyak perniagaan gulung tikar.

“Industri minyak sawit Malaysia mengalami kerugian sehingga RM20 bilion menjelang akhir tahun ini, akibat daripada beribu-ribu tan buah-buahan yang dibiarkan rosak apabila masuk ke tahun ketiga kekurangan pekerja sebanyak 120,000 pekerja asing yang menyebabkan syarikat tidak dapat meningkatkan hasil tuaian mereka semasa musim pengeluaran puncak.

“Pekerja asing, terutama dari Indonesia dan Bangladesh, merupakan kira-kira 80% daripada tenaga kerja di estet Malaysia.

“Hasilnya, keluaran minyak sawit di Malaysia, pengeluar kedua terbesar dunia, diramalkan merosot daripada 18.1 juta tan metrik pada tahun lepas ketika pengeluaran sepatutnya ditingkatkan, kerugian yang mengerikan disebabkan kegagalan kerajaan sekarang.” katanya.

Jelasnya lagi, bulan lalu Saravanan berjanji bahawa permohonan awal untuk mengambil kira-kira 400,000 pekerja asing akan diselesaikan sebelum akhir Ogos.

Bagaimanapun, katanya, kadar kejayaan 12 peratus pekerja asing yang tiba melambangkan janji-janji palsu Saravanan yang akan menghalang usaha semua industri untuk mengatasi kekurangan 1.2 juta pekerja.

“Kekurangan pekerja yang teruk telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM33.5 bilion kepada sektor perladangan, sarung tangan getah dan industri alat ganti kenderaan sahaja.

“Sebanyak 1,500 restoran India-Muslim atau restoran ‘mamak’ dijangka ditutup berikutan kekurangan 30,000 pekerja. Kekosongan ini hanya boleh diisi oleh pekerja asing kerana kesukaran untuk mendapatkan pekerja tempatan.

“Jadi, bilakah ratusan ribu pekerja asing yang dijanjikan dapat masuk ke negara ini? Kegagalan yang begitu teruk ini akan memberi kesan buruk kepada iklim pelaburan di negara ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here