MPN cadang pertimbang moratorium khas untuk PMKS

0
2
soya cincau

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium khas untuk sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Beliau berkata, ia berikutan sektor tersebut masih belum pulih sepenuhnya dan ditambah dengan peningkatan Kadar Dasar Semalam (OPR).

Katanya, keadaan itu akan menyebabkan pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

“Sektor PMKS penting kerana ia mewakili hampir 96 peratus kegiatan ekonomi negara.

“Ramai rakyat yang bergantung kepada sektor ini untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan. Hampir 50 peratus tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam sektor ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau yakin pelaksanaan moratorium berkenaan tidak memberi kesan terhadap institusi perbankan negara.

“Sepertimana pelaksanaan moratorium sebelum ini, bank-bank di negara kita tidak mengalami kerugian pun.

“Jadi apalah salahnya kerajaan sekali lagi berbincang dengan institusi-institusi kewangan supaya memperkenalkan moratorium khas untuk PMKS.

“Justeru, saya harap cadangan ini diberikan perhatian serius oleh kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here